Kolej Kediaman Tun Fatimah, UTHM

Blog Rasmi Kolej Kediaman Tun Fatimah

Carian di blog

Salam Tahun Baru Kepada Seluruh Warga KKTF & Warga Kampus UTHM



Selamat tinggal 1430H & Tahun 2009!!

Semoga di tahun baru bermulanya suatu semangat baru & resolusi baru.
Segala rentetan pahit tahun sudah dilupakan.
Salam ukhwah & salam tahun baru daripada seluruh warga KKTF.


Tun Fatimah Hashim meninggal dunia

Nama Kolej Kediaman Tun Fatimah telah diangkat sempena nama beliau. Baktinya terhadap negara Malaysia tidak akan dilupakan. Pada 9 januari 2010 hilangnya seorang tokoh terbilang di Malaysia. Semoga jasa dan subangannya kita kenang.


Fatimah Hashim

KUALA LUMPUR: Tokoh wanita disegani dan veteran Umno, Tun Dr Fatimah Hashim, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya ke-85, pada 25 Disember lalu, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Pantai, di sini, malam tadi.

Bekas Menteri Kebajikan Am yang menjadi wanita pertama menganggotai Kabinet, meninggalkan enam anak, 19 cucu dan 11 cicit hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, yang juga bekas Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara.

Anak kedua Allahyarham, Mohamed Shah Abdul Kadir, berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Masjid Negara, tengah hari ini selepas solat Zuhur dan berkemungkinan besar ditempatkan di sebelah pusara arwah suaminya.


“Semua enam anaknya berada di sisinya sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhir jam 11.35 malam ini (malam tadi). Allahyarham kelihatan gembira ketika kami meraikan ulang tahunnya baru-baru ini. Malah, arwah sempat berucap lama kepada semua anak, cucu dan cicitnya, seolah-olah itulah ucapan terakhirnya,” katanya ketika ditemui di kediaman Fatimah, malam tadi.

Allahyarham juga berkerusi roda akibat masalah kencing manis dan lemah jantung dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Mohamed Shah berkata, sebelum meninggal, ibunya tidak menunjukkan sebarang kelainan dan sentiasa mesra kepada anggota keluarganya.

“Walaupun arwah berusia lanjut, tetapi fikirannya masih tajam,” katanya.

Allahyarham yang juga Penerima Anugerah Merdeka bagi Kategori Pendidikan dan Komuniti 2009, dilahirkan di Parit Kurma, Muar, Johor, pada 25 Disember 1924 dan bersekolah di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.

Allahyarham yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 September 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarham memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai Umno pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (Umno) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru, dan memegang jawatan Bendahari dan Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.

Allahyarham juga aktif dengan pelbagai persatuan yang membela hak wanita antaranya Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuh an Wanita (NCWO).

Dalam Talian

Kolej Kediaman Tun Fatimah

Kolej Kediaman Tun Fatimah
Sebarang cadangan, komen, luahan rasa boleh diemailkan pada: jkktf_uthm@yahoo.com

JKKTF

JKKTF

Masa

Kalendar

Waktu Solat

Ruangan Bual Bicara


ShoutMix chat widget

Kamus Pelbagai Bahasa

There was an error in this gadget

Gambar NASA