Kolej Kediaman Tun Fatimah, UTHM

Blog Rasmi Kolej Kediaman Tun Fatimah

Carian di blog

2) UCAPAN PENGHARGAAN



Alhamdulillah,


Setelah berlalu satu semester maka berakhirnya Program Akademik yang julung kalinya dilaksanakan. Program SCOPEAK merupakan perintis bagi program berkonsepkan akademik bagi Kolej Kediaman Tun Fatimah. Sesungguhnya kejayaan pertama diukur daripada program SCOPEAK Fasa 1. Segala kejayaan, kegagalan bagi program ini menjadi titik tolak untuk merealisasikan kesinambungan program SCOPEAK yang lebih sempurna.

Pertamanya sekalung perhargaan dan terima kasih kepana penaung bagi program ini, pengetua Kolej Kediaman Tun Fatimah, Pn.Norliah bt Yakub atas kerjasama dan bantuan beliau untuk meluluskan kertas kerja program ini. Tidak lupa juga kepada penasihat program, En. Mohammad Kamil b. Abdullah. Sesungguhnya komitmen dan tunjuk ajar yang padu daripada beliau merupakan salah satu pemangkin terbesar atas kejayaan program ini. Tidak lupa juga atas penglibatan daripada rakan fasilitator dan Rakan Skor yang aktif. Sesungguhnya tanpa penglibatan anda, program ini tidak dapat dilaksanankan dengan sempurna dan tidak keterlaluan bagi saya untuk menyatakan bahawa anda merupakan penyumbang terbesar dalam merealisikan SCOPEAK Fasa 1.

Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri semester baru. Maka bermulalah agenda baru dalam melaksanakan visi "Berazam untuk Bergerak bersama Dalam Menuju Kecemerlangan". Kecacatan daripada SCOPEAK Fasa 1 akan dijadikan sempadan dan diperbaiki. Bermula hari ini, kita tutup kisah lama dan buka buku baru. Saya, mewalili warga pengurusan SCOPEAK Fasa 1 menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap semasa program berlangsung. Semoga perjalanan SCOPEAK Fasa II akan lebih baik daripada SCOPEAK Fasa I, InsyaAllah. Segala yang baik akan dijadikan tauladan dan segala yang buruk dijadikan sempadan. "Kearah Menuju Kecemerlangan".

Wasalam.



-Pengarah Program SCOPEAK Fasa I-

1) PENGENALAN

LOGO:









MOTO:

Kearah Menuju Kecemerlangan

VISI:

Berazam untuk bergerak bersama menuju kecemerlangan.

MISI:

Komited sebagai pengantara yang kompeten dalam mempertingkatkan pengalaman pembelajaran dan perkongsian ilmu.

LATAR BELAKANG:

Program ini akan dibarisi oleh barisan kepimpinan jawantankuasa, rakan biro akademik, mahasiswi yang cemerlang dalam akademik dan penghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah.

Program Pemantapan Akademik ini turut dikenali sebagai ’SCOPEAK’. Perkataan ini terhasil daripada gabungan perkataan ”score” dan ”peak” atau dalam bahasa lain skor dan puncak. Bersesuaian dengan rasionalnya untuk membantu mahasiswi (untuk memperoleh gred yang tinggi) skor dalam subjek-subjek yang ditawarkan di universiti dan perkataan puncak pula memberi analogi bahawa kejayaan boleh dikecapi setinggi mana yang boleh.

Program yang berteraskan akademik ini dilaksanakan dengan harapan untuk melahirkan penghuni kolej kediaman yang cemerlang dan benar-benar berkualiti daripada aspek kemahiran insaniah dan intelektual.

Rasionalnya adalah untuk membimbing dan membantu mahasiswi dalam subjek-subjek tertentu dengan membuat tutorial dan soalan-soalan peperiksaan semester lepas dengan bantuan pembimbing yang benar-benar terpilih. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah fasilitator (pelajar kanan) dan rakan skor yang terdiri daripada para pelajar yang menghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah. Program akan dilaksanakan dengan memilih beberapa orang fasilitator yang akan terdiri daripada warga KKTF sendiri yang cemerlang dan kompetan dalam akademik. Kelas bimbingan akan diadakan seminggu sekali secara berkala.

Program ini merupakan program serampang dua mata, dimana kita dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan perkongsian ilmu antara fasilitator dan rakan skor. Dengan ini objektif untuk melahirkan warga KKTF yang berdaya saing dapat direalisasikan.


Dalam Talian

Kolej Kediaman Tun Fatimah

Kolej Kediaman Tun Fatimah
Sebarang cadangan, komen, luahan rasa boleh diemailkan pada: jkktf_uthm@yahoo.com

JKKTF

JKKTF

Masa

Kalendar

Waktu Solat

Ruangan Bual Bicara


ShoutMix chat widget

Kamus Pelbagai Bahasa

There was an error in this gadget

Gambar NASA