LOGO:
MOTO:
Kearah Menuju Kecemerlangan
VISI:
Berazam untuk bergerak bersama menuju kecemerlangan.
MISI:
Komited sebagai pengantara yang kompeten dalam mempertingkatkan pengalaman pembelajaran dan perkongsian ilmu.
LATAR BELAKANG:
Program ini akan dibarisi oleh barisan kepimpinan jawantankuasa, rakan biro akademik, mahasiswi yang cemerlang dalam akademik dan penghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah.
Program Pemantapan Akademik ini turut dikenali sebagai ’SCOPEAK’. Perkataan ini terhasil daripada gabungan perkataan ”score” dan ”peak” atau dalam bahasa lain skor dan puncak. Bersesuaian dengan rasionalnya untuk membantu mahasiswi (untuk memperoleh gred yang tinggi) skor dalam subjek-subjek yang ditawarkan di universiti dan perkataan puncak pula memberi analogi bahawa kejayaan boleh dikecapi setinggi mana yang boleh.
Program yang berteraskan akademik ini dilaksanakan dengan harapan untuk melahirkan penghuni kolej kediaman yang cemerlang dan benar-benar berkualiti daripada aspek kemahiran insaniah dan intelektual.
Rasionalnya adalah untuk membimbing dan membantu mahasiswi dalam subjek-subjek tertentu dengan membuat tutorial dan soalan-soalan peperiksaan semester lepas dengan bantuan pembimbing yang benar-benar terpilih. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah fasilitator (pelajar kanan) dan rakan skor yang terdiri daripada para pelajar yang menghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah. Program akan dilaksanakan dengan memilih beberapa orang fasilitator yang akan terdiri daripada warga KKTF sendiri yang cemerlang dan kompetan dalam akademik. Kelas bimbingan akan diadakan seminggu sekali secara berkala.
Program ini merupakan program serampang dua mata, dimana kita dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan perkongsian ilmu antara fasilitator dan rakan skor. Dengan ini objektif untuk melahirkan warga KKTF yang berdaya saing dapat direalisasikan.
0 comments:
Post a Comment