- Siti Noramyra Bt Abdul Rahim
- Noorul Hudai Bt Abdullah
- Chung Joo Ling
- Nik Normunira Bt Mat Hassan
- Fatimah Bt Mohamed Yusop
- Nurul Akmal Abu Hassan Ashaari
- Nurul Ainn Bt Md Yasa
- Tai Chia Wuen
- Nadiah Alwani
JAWATANKUASA PELAKSANA “ PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK (SCOPEAK) ” KKTF SEMESTER II SESI 09/10”
Penaung : Pn Norliah bt Yaakub
Pengetua Kolej Kediaman
Penasihat : En. Mohammad Kamil b Abdullah
Felo Kolej Kediaman
Penyelaras Program : Nur Alkaf bt Abd Karim
Pengarah Program : Shahirah Asfarina bt Ab Aziz
Timbalan Pengarah : Noor ‘Aliaa bt Awang
Setiausaha : Nurunnajahatun bt Zamzam
Bendahari : Zhafarina bt Abd Razak
Senarai Eksekutif Pelaksana
Unit Promosi & Penerbitan : Nurul Anis bt Ismail (Ketua Unit)
: Saidatul Syahira bt Rizal
: Noor Fatiha bt Mohd Kassimi
: Nurdania Amira bt Mohd Nasir
Unit Teknikal & Peralatan : Norazlinda bt Sahat (Ketua Unit)
: Norasma bt Mohammad
: Norazeilah bt Theis
: Noor Shazeaa bt Mukhtar
Unit Tugas-tugas Khas : Zarina bt Hassan (Ketua Unit)
: Nurul Syazwin bt Idris
: Nur Alyaa bt Mohd Hasni
: Ani Farhana bt Md Jaafar
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi
Huraian
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan
semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.
(Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Alhamdulillah,
Setelah berlalu satu semester maka berakhirnya Program Akademik yang julung kalinya dilaksanakan. Program SCOPEAK merupakan perintis bagi program berkonsepkan akademik bagi Kolej Kediaman Tun Fatimah. Sesungguhnya kejayaan pertama diukur daripada program SCOPEAK Fasa 1. Segala kejayaan, kegagalan bagi program ini menjadi titik tolak untuk merealisasikan kesinambungan program SCOPEAK yang lebih sempurna.
Pertamanya sekalung perhargaan dan terima kasih kepana penaung bagi program ini, pengetua Kolej Kediaman Tun Fatimah, Pn.Norliah bt Yakub atas kerjasama dan bantuan beliau untuk meluluskan kertas kerja program ini. Tidak lupa juga kepada penasihat program, En. Mohammad Kamil b. Abdullah. Sesungguhnya komitmen dan tunjuk ajar yang padu daripada beliau merupakan salah satu pemangkin terbesar atas kejayaan program ini. Tidak lupa juga atas penglibatan daripada rakan fasilitator dan Rakan Skor yang aktif. Sesungguhnya tanpa penglibatan anda, program ini tidak dapat dilaksanankan dengan sempurna dan tidak keterlaluan bagi saya untuk menyatakan bahawa anda merupakan penyumbang terbesar dalam merealisikan SCOPEAK Fasa 1.
Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri semester baru. Maka bermulalah agenda baru dalam melaksanakan visi "Berazam untuk Bergerak bersama Dalam Menuju Kecemerlangan". Kecacatan daripada SCOPEAK Fasa 1 akan dijadikan sempadan dan diperbaiki. Bermula hari ini, kita tutup kisah lama dan buka buku baru. Saya, mewalili warga pengurusan SCOPEAK Fasa 1 menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap semasa program berlangsung. Semoga perjalanan SCOPEAK Fasa II akan lebih baik daripada SCOPEAK Fasa I, InsyaAllah. Segala yang baik akan dijadikan tauladan dan segala yang buruk dijadikan sempadan. "Kearah Menuju Kecemerlangan".
Wasalam.
-Pengarah Program SCOPEAK Fasa I-
LOGO:
MOTO:
Kearah Menuju Kecemerlangan
VISI:
Berazam untuk bergerak bersama menuju kecemerlangan.
MISI:
Komited sebagai pengantara yang kompeten dalam mempertingkatkan pengalaman pembelajaran dan perkongsian ilmu.
LATAR BELAKANG:
Program ini akan dibarisi oleh barisan kepimpinan jawantankuasa, rakan biro akademik, mahasiswi yang cemerlang dalam akademik dan penghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah.
Program Pemantapan Akademik ini turut dikenali sebagai ’SCOPEAK’. Perkataan ini terhasil daripada gabungan perkataan ”score” dan ”peak” atau dalam bahasa lain skor dan puncak. Bersesuaian dengan rasionalnya untuk membantu mahasiswi (untuk memperoleh gred yang tinggi) skor dalam subjek-subjek yang ditawarkan di universiti dan perkataan puncak pula memberi analogi bahawa kejayaan boleh dikecapi setinggi mana yang boleh.
Program yang berteraskan akademik ini dilaksanakan dengan harapan untuk melahirkan penghuni kolej kediaman yang cemerlang dan benar-benar berkualiti daripada aspek kemahiran insaniah dan intelektual.
Rasionalnya adalah untuk membimbing dan membantu mahasiswi dalam subjek-subjek tertentu dengan membuat tutorial dan soalan-soalan peperiksaan semester lepas dengan bantuan pembimbing yang benar-benar terpilih. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah fasilitator (pelajar kanan) dan rakan skor yang terdiri daripada para pelajar yang menghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah. Program akan dilaksanakan dengan memilih beberapa orang fasilitator yang akan terdiri daripada warga KKTF sendiri yang cemerlang dan kompetan dalam akademik. Kelas bimbingan akan diadakan seminggu sekali secara berkala.
Program ini merupakan program serampang dua mata, dimana kita dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan perkongsian ilmu antara fasilitator dan rakan skor. Dengan ini objektif untuk melahirkan warga KKTF yang berdaya saing dapat direalisasikan.
Copyright 2009 -
Kolej Kediaman Tun Fatimah, UTHM
Blogspot Theme Design by: Ray Creations, HostingITrust.com Tested by Blogger Templates